http://2.bp.blogspot.com/_NGLN8-IACTs/SijSRbw-RKI/AAAAAAAAPTg/p_dhS5RrDLk/s1600/blue1.gif

Wednesday, March 10, 2010

babak 7 salah laku etika arkitek dan peguam

suara latar : bapa mertua dan menantu ketawa berdekah-dekah menggegar suasana, ketawa mereka seolah-olah mengatakan tiada kuasa yang lebih hebat dari wang ringgit..mereka telah lupa bahawa ajal pasti menjemput mereka dan mereka tidak akan terlepas dari azab Allah yang pedih atas kesalahan-kesalahan yg mereka lakukan.

(video kemalangan) , (video seksaan) dan (video tangisan )


TAMAT

Thursday, March 4, 2010

babak 6 salah laku etika arkitek dan peguam

background : mahkamah
bunyi latar : dewan
suara latar : suasana dalam mahkamah dalam keadaan tegang dan pesalah kelihatan dalam kegelisahan menunggu perbicaraan bermula.

dialog :

hakim :
silent silent silent..(sambil mengetuk meja  dengan hammer )

suara latar : pertarungan bicara amat sengit sekali, kata dilontar umpama anak panah yang amat deras geraknya sehingga tamat perbicaraan pertama.

hakim :
ehem..(menggegarkan dewan ) perbicaraan seterusnya akan dilanjutkan pada minggu depan, bersurai.

suara latar : namun pertarungan bukan lagi pertarungan kerana manusia bukan lagi manusia.

peguam belah :
lan, kamu akan diberi rm 500.000 sekiranya kamu mengaku kalah dalam perbicaraan, duit tersebut akan diberi secara cash money untuk mengelakkan badan pencegah rasuah dapat selidik.

peguam dakwah :
rm 500.000 erm..saya syorkan masukkan ke akaun diluar negara saya. dolar amerika okey.

peguam belah :
hahaha..ok sahabatku.. mari kita sama-sama maju dalam hidup hahaha (ketawa berdekah-dekah )

peguam dakwah :
haha ya betul tu..hahaha ( ketawa berdekah-dekah )

suara latar : perbicaraan bermula seperti yang dirancangkan. namun adakah kekalahan terjadi seperti yang dirangcangkan dan kemenangan terjadi seperti yang dirancangkan.

hakim :
silent..silent..silent (sambil mengetuk dgn hammer ) he hemm..(menarik nafas) setelah semua butir-butir perbicaraan disemak. didapati khairil bin omar basah dan en.zzz didapati tidak bersalah dan dilepaskan.
silent..silent..silent..dengan itu perbicaraan ditamatkan.

babak 5 salah laku etika arkitek dan peguam

background : perkarangan rumah kontraktor
bunyi latar : kereta polis
suara latar : suasana menjadi riuh rendah di perkarangan rumah En.zzz, terdengar bunyi teriakan dari luar rumah dengan lantangnya.

polis : (diluar rumah )
En.zzz anda telah dikepung, sila serah diri sekarang.
khairil :
alamak ayah polis datang nak tangkap kita.
bapa mertua : tak perlu risau. kita turuti kemahuan mereka.

lantas encik.zzz dan khairil keluar rumah dengan mengangkat tangan di kepala.

sarjan :
saya telah ditugaskan untuk memberkas anda berdua, en.zz dan en.khairil kerana telah didakwah melakukan kianat dan penyelewengan dalam kemalangan di kondominium sribintang 5.
cepat gari mereka !!
anda diberi hak untuk tidak bersuara.

wartawan bertindak menangkap gambar penangkapan en.zzz dan en. khairil

suara latar : begitu lah jika kita tamak dan hanya pentingkan diri sahaja.( bunyi sedih )
bunyi latar : kereta polis berlalu dan tangisan isteri dan anak2 en.zzzz dan khairil.

babak 4 salah laku etika arkitek dan peguam

background : tempat runtuhan bangunan, tempat kejadian
bunyi latar : suasana org sibuk dan ketakutan, tangisan, bunyi kereta polis, bunyi kereta ambulan, bunyi kereta bomba.
suara latar : selepas beberapa bulan kondominium bertarap 5 bintang tersebut diduduki, berlaku retakan besar dan meruntuhkan sebahagian besar bangunan kondominium tersebut.

dialog :

wartawan :
satu kejadian yang tidak diduga telah terjadi iaitu sebahagian besar bangunan kondominium yang bertaraf 5 bintang telah runtuh dan merangut banyak nyawa mangsa dan berpuluh-puluh cedera parah, mari kita dengar situasi sekarang daripada sarjan misai.
sarjan bagaimana situasi sekarang ?
sarjan misai :
setakat ini kami telah menjumpai 21 org yg tertimbus dan telah dikenalpasti meninggal dan 79 lagi dalam keadaan yang parah akhibat terkena runtuhan bangunan.terima kasih.
wartawan :
terima kasih atas kerjasama sarjan misai
sarjan misai :
sama-sama ( dan berlalu pergi )
wartawan :
begitulah keadaan ditempat kejadian sekarang, saya muhammad faeez melaporkan, kembali ke pusat utama.

babak 3 salah laku etika arkitek dan peguam

background : pejabat
bunyi latar : sunyi ,bunyi telefon berdering
suara latar : setelah khairil siap menyelidiki sampel-sampel yang telah diambil dari projek bapa mertuanya dia mendapati projek berkenaan menggunakan bahan-bahan yang berkualiti rendah dan tidak cukup syarat untuk diluluskan.

bapa mertua :
(mengangkat panggilan telefon )
khairil :
hello..nie khairil. siapa dalam talian ?
bapa mertua :
oh..khairil.. ada apa ? nie ayah yang bercakap..
khairil :
ayah maafkan khairil. projek ayah khairil tak dapat luluskan.
bapa mertua : apa dia !! (dalam keadaan marah sedikit )
khairil :
projek ayah tak dapat diluluskan sebab tak cukup syarat dan berbahaya untuk diduduki.
bapa mertua :
ayah tak nak dengar tentang tu. ayah nak kamu usahakan untuk luluskan juga projek ayah nie. jangan sampai ayah tak mengaku kamu anak menantu ayah ( nada mengugut ). kamu kena luluskan dan ayah akan beri kamu rm 100,000 untuk kerja nie. Faham !! tiada bantahan.
khairil :
baiklah ayah.. khairil akan lakukan seperti kehendak ayah ( dgn suara sedikit sayu ).
bapa mertua :
ok lah.. asslammualaikum..
khairil :
walaikumsalam..(letak ganggang telefon ) takpe lah..rm 100,000 sapa tak nak hehe..

babak 2 salah laku etika arkitek dan peguam

back ground : tapak pembinaan
bunyi latar : jentera berat, suasana pembinaan
suara latar : bunyi-bunyi pembinaan sungguh deras memecah gegendang telinga, bangunan-bangunan yang baru dalam proses pembinaan melahirkan satu lukisan alam yang indah.

dialog :
khairil :
aah..azrai tolong beri saya hammer tu..
azrai :
hammer yang mana bos ? (dgn muka penuh kebingungan )
khairil :
hammer pun kamu tak tau ke ? tak guna langsung kamu nie..
azrai :
maaf bos..
khairil :
maaf-maaf !! sudah !! hulurkan hammer tu ?
azrai :
nie dia bos..
khairil :
(mengambil hammer dan mengetuk dinding bangunan untuk mengambil sampel untuk diuji ) nah !! ambil sampel nie dan hammer nie sebelum dgn kau sekali aku jadikan sampel..
azrai :
baiklah bos..(dgn muka yg sedih ketakutan )

babak 1 salah laku etika arkitek dan peguam

back ground : taman rumah
bunyi latar    : burung dan angin
suara latar    : pada suatu petang yang indah, angin bertiup sepoi-sepoi bahasa, rumah besar tersergam indah memperlihatkan bertapa kaya tuannya. kesunyian dipecahkan oleh ketawa gembira dari dua susuk manusia yang berbncang sesuatu yang penting.

dialog :
bapa mertua :
khairil mari sini sekejap, ayah ada sesuatu hal yang penting nak bincang dengan kamu.
khairil :
ada apa-apa yang mustahak ke ayah ? ( dengan muka penuh persoalan )
bapa mertua :
duduk lah dulu, aah.. mahiran tolong buatkan ayah dan suami kamu minuman. begini sebenarnya (sambil berdiri dan menikmati suasana pemandangan taman yg tersergam indah ), ayah nak minta kamu untuk meluluskan projek ayah yang bernilai berjuta-juta tu. apa pendapat kamu ?
khairil :
oh..tentang tu ayah tak perlu risau. khairil akan buat apa yang termampu, esok khairil akan uruskan kelulusan projek ayah tu.
bapa mertua :
hah..cam tu lah anak menantu ayah ( sambil ketawa riang )