http://2.bp.blogspot.com/_NGLN8-IACTs/SijSRbw-RKI/AAAAAAAAPTg/p_dhS5RrDLk/s1600/blue1.gif

Wednesday, March 10, 2010

babak 7 salah laku etika arkitek dan peguam

suara latar : bapa mertua dan menantu ketawa berdekah-dekah menggegar suasana, ketawa mereka seolah-olah mengatakan tiada kuasa yang lebih hebat dari wang ringgit..mereka telah lupa bahawa ajal pasti menjemput mereka dan mereka tidak akan terlepas dari azab Allah yang pedih atas kesalahan-kesalahan yg mereka lakukan.

(video kemalangan) , (video seksaan) dan (video tangisan )


TAMAT

Thursday, March 4, 2010

babak 6 salah laku etika arkitek dan peguam

background : mahkamah
bunyi latar : dewan
suara latar : suasana dalam mahkamah dalam keadaan tegang dan pesalah kelihatan dalam kegelisahan menunggu perbicaraan bermula.

dialog :

hakim :
silent silent silent..(sambil mengetuk meja  dengan hammer )

suara latar : pertarungan bicara amat sengit sekali, kata dilontar umpama anak panah yang amat deras geraknya sehingga tamat perbicaraan pertama.

hakim :
ehem..(menggegarkan dewan ) perbicaraan seterusnya akan dilanjutkan pada minggu depan, bersurai.

suara latar : namun pertarungan bukan lagi pertarungan kerana manusia bukan lagi manusia.

peguam belah :
lan, kamu akan diberi rm 500.000 sekiranya kamu mengaku kalah dalam perbicaraan, duit tersebut akan diberi secara cash money untuk mengelakkan badan pencegah rasuah dapat selidik.

peguam dakwah :
rm 500.000 erm..saya syorkan masukkan ke akaun diluar negara saya. dolar amerika okey.

peguam belah :
hahaha..ok sahabatku.. mari kita sama-sama maju dalam hidup hahaha (ketawa berdekah-dekah )

peguam dakwah :
haha ya betul tu..hahaha ( ketawa berdekah-dekah )

suara latar : perbicaraan bermula seperti yang dirancangkan. namun adakah kekalahan terjadi seperti yang dirangcangkan dan kemenangan terjadi seperti yang dirancangkan.

hakim :
silent..silent..silent (sambil mengetuk dgn hammer ) he hemm..(menarik nafas) setelah semua butir-butir perbicaraan disemak. didapati khairil bin omar basah dan en.zzz didapati tidak bersalah dan dilepaskan.
silent..silent..silent..dengan itu perbicaraan ditamatkan.

babak 5 salah laku etika arkitek dan peguam

background : perkarangan rumah kontraktor
bunyi latar : kereta polis
suara latar : suasana menjadi riuh rendah di perkarangan rumah En.zzz, terdengar bunyi teriakan dari luar rumah dengan lantangnya.

polis : (diluar rumah )
En.zzz anda telah dikepung, sila serah diri sekarang.
khairil :
alamak ayah polis datang nak tangkap kita.
bapa mertua : tak perlu risau. kita turuti kemahuan mereka.

lantas encik.zzz dan khairil keluar rumah dengan mengangkat tangan di kepala.

sarjan :
saya telah ditugaskan untuk memberkas anda berdua, en.zz dan en.khairil kerana telah didakwah melakukan kianat dan penyelewengan dalam kemalangan di kondominium sribintang 5.
cepat gari mereka !!
anda diberi hak untuk tidak bersuara.

wartawan bertindak menangkap gambar penangkapan en.zzz dan en. khairil

suara latar : begitu lah jika kita tamak dan hanya pentingkan diri sahaja.( bunyi sedih )
bunyi latar : kereta polis berlalu dan tangisan isteri dan anak2 en.zzzz dan khairil.

babak 4 salah laku etika arkitek dan peguam

background : tempat runtuhan bangunan, tempat kejadian
bunyi latar : suasana org sibuk dan ketakutan, tangisan, bunyi kereta polis, bunyi kereta ambulan, bunyi kereta bomba.
suara latar : selepas beberapa bulan kondominium bertarap 5 bintang tersebut diduduki, berlaku retakan besar dan meruntuhkan sebahagian besar bangunan kondominium tersebut.

dialog :

wartawan :
satu kejadian yang tidak diduga telah terjadi iaitu sebahagian besar bangunan kondominium yang bertaraf 5 bintang telah runtuh dan merangut banyak nyawa mangsa dan berpuluh-puluh cedera parah, mari kita dengar situasi sekarang daripada sarjan misai.
sarjan bagaimana situasi sekarang ?
sarjan misai :
setakat ini kami telah menjumpai 21 org yg tertimbus dan telah dikenalpasti meninggal dan 79 lagi dalam keadaan yang parah akhibat terkena runtuhan bangunan.terima kasih.
wartawan :
terima kasih atas kerjasama sarjan misai
sarjan misai :
sama-sama ( dan berlalu pergi )
wartawan :
begitulah keadaan ditempat kejadian sekarang, saya muhammad faeez melaporkan, kembali ke pusat utama.

babak 3 salah laku etika arkitek dan peguam

background : pejabat
bunyi latar : sunyi ,bunyi telefon berdering
suara latar : setelah khairil siap menyelidiki sampel-sampel yang telah diambil dari projek bapa mertuanya dia mendapati projek berkenaan menggunakan bahan-bahan yang berkualiti rendah dan tidak cukup syarat untuk diluluskan.

bapa mertua :
(mengangkat panggilan telefon )
khairil :
hello..nie khairil. siapa dalam talian ?
bapa mertua :
oh..khairil.. ada apa ? nie ayah yang bercakap..
khairil :
ayah maafkan khairil. projek ayah khairil tak dapat luluskan.
bapa mertua : apa dia !! (dalam keadaan marah sedikit )
khairil :
projek ayah tak dapat diluluskan sebab tak cukup syarat dan berbahaya untuk diduduki.
bapa mertua :
ayah tak nak dengar tentang tu. ayah nak kamu usahakan untuk luluskan juga projek ayah nie. jangan sampai ayah tak mengaku kamu anak menantu ayah ( nada mengugut ). kamu kena luluskan dan ayah akan beri kamu rm 100,000 untuk kerja nie. Faham !! tiada bantahan.
khairil :
baiklah ayah.. khairil akan lakukan seperti kehendak ayah ( dgn suara sedikit sayu ).
bapa mertua :
ok lah.. asslammualaikum..
khairil :
walaikumsalam..(letak ganggang telefon ) takpe lah..rm 100,000 sapa tak nak hehe..

babak 2 salah laku etika arkitek dan peguam

back ground : tapak pembinaan
bunyi latar : jentera berat, suasana pembinaan
suara latar : bunyi-bunyi pembinaan sungguh deras memecah gegendang telinga, bangunan-bangunan yang baru dalam proses pembinaan melahirkan satu lukisan alam yang indah.

dialog :
khairil :
aah..azrai tolong beri saya hammer tu..
azrai :
hammer yang mana bos ? (dgn muka penuh kebingungan )
khairil :
hammer pun kamu tak tau ke ? tak guna langsung kamu nie..
azrai :
maaf bos..
khairil :
maaf-maaf !! sudah !! hulurkan hammer tu ?
azrai :
nie dia bos..
khairil :
(mengambil hammer dan mengetuk dinding bangunan untuk mengambil sampel untuk diuji ) nah !! ambil sampel nie dan hammer nie sebelum dgn kau sekali aku jadikan sampel..
azrai :
baiklah bos..(dgn muka yg sedih ketakutan )

babak 1 salah laku etika arkitek dan peguam

back ground : taman rumah
bunyi latar    : burung dan angin
suara latar    : pada suatu petang yang indah, angin bertiup sepoi-sepoi bahasa, rumah besar tersergam indah memperlihatkan bertapa kaya tuannya. kesunyian dipecahkan oleh ketawa gembira dari dua susuk manusia yang berbncang sesuatu yang penting.

dialog :
bapa mertua :
khairil mari sini sekejap, ayah ada sesuatu hal yang penting nak bincang dengan kamu.
khairil :
ada apa-apa yang mustahak ke ayah ? ( dengan muka penuh persoalan )
bapa mertua :
duduk lah dulu, aah.. mahiran tolong buatkan ayah dan suami kamu minuman. begini sebenarnya (sambil berdiri dan menikmati suasana pemandangan taman yg tersergam indah ), ayah nak minta kamu untuk meluluskan projek ayah yang bernilai berjuta-juta tu. apa pendapat kamu ?
khairil :
oh..tentang tu ayah tak perlu risau. khairil akan buat apa yang termampu, esok khairil akan uruskan kelulusan projek ayah tu.
bapa mertua :
hah..cam tu lah anak menantu ayah ( sambil ketawa riang )

Tuesday, March 2, 2010

ETIKA PROFESSIONAL 'sinopsis lakonan'

seorang arkitek muda yang bernama khairil telah didesak oleh bapa mertuanya supaya meluluskan projek perumahan kondominium bertaraf 5 bintang milik bapa mertuanya biarpun diperiksa bahawa bangunan tersebut tidak mencukupi syarat untuk diluluskan tetapi En.Khairil menerima permintaan bapa mentuanya setelah diberitahu akan mendapat 10% keuntungan dari projek berkenaan.
selepas beberapa bulan kondominium tersebut diduduki, terjadi bencana yang dasyat dan mengorbankan ramai penghuni kondominium tersebut disebabkan berlaku keruntuhan yang besar secara tiba-tiba.setelah kejadian tersebut arkitek dan kontraktor terbabit di dakwah di mahkamah dan berlaku sesi yang amat sengit dalam hujah-hujah antara peguam belah dan peguam penuntut keadilan. peguam belah tersebut juga telah melakukan kesalahan etika kerana masih menerima arkitek dan kontraktor berkenaan walaupun diketahui bersalah selepas menyelidik kerana diberikan ganjaran yang amat lumayan. peguam dakwah juga telah disumbat dengan rasuah dengan nilai yang lumayan.
pada akhir cerita, selepas hakim meneliti bukti-bukti dan hujah-hujah yang telah terkumpul arkitek dan kontraktor berkenaan telah didapati tidak bersalah dan dibebaskan.

watak-watak yang terlibat :
Al adil Bin Datu Majid sebagai suara latar dan peguam keadilan
Khairil Omar Bhasa sebagai Arkitek
Sarippuddin sakka sebagai kontraktor jahat
Zul Azrai sebagai Sarjan Misai dan Penolong arkitek
Zulkarnaen bin Maksum sebagai hakim dan wartawan
muhammad Faeez sebagai peguam belah dan wartawan

INSTITUSI-INSTITUSI ISLAM

1. Pengenalan:


a. Silibus (14 Minggu).



b. Buku Rujukan (Sunnah Muakkad) Skima 90%.

i. Institusi-Institusi Islam. RM 20

ii. Tasawwur Islam. RM 15

iii. Tamadun Islam & Tamadun Asia. RM 20



c. Pemarkahan.

i. P.Akhir 60%

ii. Ujian 15%

iii. Tugasan 10%

iv. Program & Laporan 10%

v. Pembentangan/ Komitmen 5%



2. Pembahagian kumpulan:

a. Assignment

i. 4 Orang Sahaja.

ii. 10-15 m/s sahaja.

iii. Staple & Selotepkan.



b. Format Assignment.

i. Rujukan Min 5 Buah Buku.

ii. Kertas A4 Putih kecuali Kulit Depan.

iii. Bold Tajuk2 Kecil & Besar.

iv. Margin 3.0 Kiri, 2.5 cm yang lain.

v. Times New Roman, Font 12.

vi. 1.5 Spacing, Justify Dalam Perenggan.

vii. Page Number, Center Bawah.



c. Pemarkahan Assignment.

i. Muka Depan. 1 m/s.

ii. Isi Kandungan 1 m/s.

iii. Pendahuluan. 1 m/s.

iv. Isi & Perbincangan. 5 m/s.

v. Nota Kaki. Setiap m/s.

vi. Penutup. 1 m/s.

vii. Rujukan. 1 m/s. (Min 5 Buku Ikut format).



d. Muka Depan.

i. Nama & Kod Subjek.

ii. Tajuk Tugasan.

iii. Nama Pensyarah.

iv. Nama Pelajar.

v. No. Kad Pengenalan.

vi. Semester, Sesi.

e. Nota Kaki & Rujukan.

i. Wan Ali Wan Yusoh et al (2005), Institusi-Institusi Islam. K.Lumpur: Syarikat Meza, h. 1.

ii. Ibid.

iii. Wan Ali Wan Yusoh et al (2008), Tasawwur Islam. Kuala Lumpur: UTM City Campus.

iv. Wan Ali Wan Yusoh et al (2005), op. cit., h. xx.





3. Perancangan Program:



a. KKD.

b. Pelantikan Organisasi.

c. Senarai Tugasan.



4. Gerakkan Program,

a. Cari sumbangan dan tajaan,

b. Sediakan Peralatan,

c. Survey Tempat.



5. Ujian 15%.

a. Bab 1- 3 Sahaja.

b. Minggu ke-5.



6. Bincang Ujian.

a. Minggu ke-6.



7. Cuti Pertengahan Semester.



8. Cuti Pertengahan Semester.



9. Serah Assignment 10%.

a. Hard Copy & Soft Copy

b. By emel: ahjpo@yahoo.com

c. Selewat2nya Khamis, 4.30pm. 8/10/2009

d. Lewat Sehari, Tolak Markah 1.



10. Program 2 Hari 1 Malam.

a. Indoor & Outdoor.



11. Hantar Laporan Program 10%.

a. Laporan Keseluruhan. 4%

b. Laporan Tugasan Individu. 6%

c. Selewat2nya Khamis, 4.30pm. 23/10/2009

d. Lewat Sehari, Tolak Markah 1.



12. Kuis / Soalan2 Lepas.

13. Bincang.

14. Bincang.

15. Study Week

16. Exam. 60%

TITAS BAB JIHAD

'Umat Islam di Malaysia sedar bahawa usaha memperbaiki institusi mereka, demokrasi, pencapaian pelajaran dan mewujudkan kemajuan ekonomi yang seimbang adalah jihad dalam erti kata yang sebenarnya, kata Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Hussein'. Petikan ini di ambil dari laporan Berita Harian pada 7hb Oktober 2005. Sekali lagi perkataan jihad dipergunakan untuk membawa suatu pemahaman baru yang sebelum ini belum pernah dipergunakan oleh para ulama muktabar dalam mendefinisi kalimah jihad, terutamanya apabila ia digunakan di dalam konteks Islam dan umatnya


Jihad menurut syara'

'Umat Islam di Malaysia sedar bahawa usaha memperbaiki institusi mereka, demokrasi, pencapaian pelajaran dan mewujudkan kemajuan ekonomi yang seimbang adalah jihad dalam erti kata yang sebenarnya, kata Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Hussein'. Petikan ini di ambil dari laporan Berita Harian pada 7hb Oktober 2005. Sekali lagi perkataan jihad dipergunakan untuk membawa suatu pemahaman baru yang sebelum ini belum pernah dipergunakan oleh para ulama muktabar dalam mendefinisi kalimah jihad, terutamanya apabila ia digunakan di dalam konteks Islam dan umatnya.

Pengertian kalimah jihad seharusnya diambil dari makna hakikinya - yakni makna yang sepatutnya digunakan mengikut makna hakiki yang ditetapkan untuknya. Ia ditetapkan samada daripada makna bahasa, makna syara', makna adat atau dari makna adat khusus. Dari sinilah rumusan tentang makna yang lebih jelas boleh disimpulkan.

Jihad dari segi makna bahasa adalah masdar dari kata jahada-yujahidu-jihad yang bermakna mufa'alah iaitu 'saling mencurahkan' yang membawa maksud mencurahkan seluruh kemampuan. Berdasarkan makna bahasa ini, makna hakikat jihad adalah kemampuan yang dikerahkan untuk melakukan apa sahaja samada secara fizikal mahupun perkataan. Pengertian ini dapat dikembalikan kepada huraian an-Naisaburi dalam tafsirnya iaitu mencurahkan seluruh tenaga untuk mencapai tujuan yang dikehendaki. In merupakan makna bahasa bagi kalimah jihad. Yang ingin kita perhatikan di sini adalah makna jihad apabila dibicarakan dalam konteks Islam dan hukum syara'.

Pengertian jihad yang dinukilkan oleh al-Quran dan Sunnah memberikan makna dari segi syara'. Ia menjelaskan makna yang lebih khusus dan ini membawa maksud mencurahkan seluruh tenaga untuk berperang di jalan Allah samada secara langsung atau secara tidak langsung dengan memberi harta benda, pendapat atau mengumpul bekalan dan lain-lain. Lafaz jihad dalam ayat-ayat Madaniyyah menerangkan makna ini. Sementara itu, di dalam ayat-ayat Makkiyah ia memberikan makna bahasa secara umum. Allah Subhanahu wa Ta'ala menggunakan kalimah jihad di dalam ayat-ayat Madaniyyah sebanyak 26 kali. Semua ayat-ayat ini memberikan petunjuk yang jelas bahawa maksud jihad di sini adalah perang menentang orang kafir serta menjelaskan konotasi jihad yang merupakan suatu keutamaan bagi kaum muslimn.Terdapat juga banyak hadis Rasulullah Sallallahu 'alai wasallam yang mengandungi perkataan jihad dengan makna berperang menentang orang kafir di jalan Allah. Sebagai contoh, hadis riwayat Bukhari dari Abu Hurairah:

"Mereka para sahabat bertanya, " Wahai Rasulullah, beritahulah kepada kami perbuatan yang boleh menandingi jihad di jalan Allah?" Baginda bersabda, "Kamu tidak akan mampu melakukannya." Mereka berkata, "Beritahulah kepada kami semoga kami mampu melakukannya." Baginda bersabda, "Perumpamaan orang yang berjihad di jalan Allah adalah seperti orang yang berpuasa, yang sentiasa bangun di tengah malam dan patuh kepada ayat-ayat Allah, yang tidak berhenti berpuasa, bersedekah sehinggalah orang yang berjihad tadi kembali kepada keluarganya."

Selain dari dalil-dalil syara' di atas, ahli fiqh bersetuju bahawa perkataan jihad bererti mengerahkan seluruh kekuatan untuk berperang di jalan Allah. Menurut mazhab Hanafi, jihad adalah mencurahkan kelapangan dan kekuatan dengan berjuang di jalan Allah dengan nyawa, harta, perkataan dan sebagainya. Mengikut mazhab Maliki pula, jihad bererti peperangan orang Islam ke atas kafir untuk meninggikan kalimah Allah. Ulama-ulama mazhab Syafie juga bersependapat bahawa jihad bererti berperang di jalan Allah.

Berkaitan dengan kalimah jihad menurut makna adat atau istilah pula, banyak riwayat dari para sahabat yang menunjukkan bahawa lafaz ini digunakan hanya dengan pengertian berperang. Salah satu daripada riwayat ini ialah jawapan Abu Musa Al-Asy'ari ketika berada di masjid :

"Wahai Abdullah bin Qais (beliau disebut dengan nama aslinya). (Lelaki itu) berkata: "Bagaimana pandangan kamu, jika aku mengambil pedangku, kemudian aku pergunakan untuk berperang semata untuk Allah, kemudian aku terbunuh, dan aku dalam keadaan seperti itu, di manakah kedudukanku?" Beliau (Abu Musa) menjawab: "Di syurga…"

Dari sini jelas nampak bahawa perkataan jihad sejak zaman permulaan Islam tidak pernah terkeluar daripada makna berperang di jalan Allah. Itulah makna yang sepatutnya diambil oleh kaum muslimin serta mempertahankannya tanpa rasa bersalah dan bersikap defensif atau terpaksa merendah diri dengan menyatakan sesuatu yang lain. Janganlah kerana sikap defensif ini, makna jihad yang mulia diputarbelitkan sesuka hati.



Mmmfed5™

Monday, March 1, 2010

kurikulum kursus diploma pengurusan teknologi

semester 1
mata pelajaran
titas
matematik perniagaan
pengantar mikroekonomi
pengenalan psikologi industri
pengenalan perniagaan
english proficiency

semester 2
hubungan eknik
prinsip pengurusan
perakaunan kewangan 1
pengantar makroekonomi
aplikasi komputer
english for academic communication
ko-kuikulum

semester 3
institusi-institusi islam
statistik perniagaan
tabiat organisasi
prinsip pemasaran
perakaunan kewangan 2
lukisan kejuruteraan

semester 4
etika professional
english for professional communication
pemasaran perniagaan
ekonomi pertengahan
pengenalan pengurusan operasi
teknologi dan perniagaan

semester 5
proses pembuatan (termasuk bengkel amali)
undang-undang perdagangan
sistem maklumat pengurusan
perancangan dan kawalan pengeluaran
pengenalan kewangan

semester 6
pendidikan islam/perkembangan kendiri
pengurusan sumber manusia
komunikasi perniagaan
sistem ekonomi islam
perakaunan pengurusan